oleh: Mohd Nazirul Afiq Ismail
foto: Fisol Ahmad
Muallim – Seramai 774 pelumba menyertai kejohanan basikal, UPSI 100 Years Century Ride yang berlangsung di daerah ini hari ini.
Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, perlumbaan yang dianjurkan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan salah satu acara yang ditunggu-tunggu kalangan peminat sukan popular tersebut di daerah yang terkenal dengan laluan indah melalui Banjaran Titiwangsa.
UPSI 100 Years Century Ride tarik 774 penyertaan pelumba basikal tempatan dan antarabangsa.