Pelajar Tahun Satu Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IKHS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Syazani Jemy, 20, dinobatkan sebagai johan Pertandingan Musabaqah Iqra Mahasiswa Universiti Seluruh Malaysia, di sini hari ini.
Pelajar yang berasal dari Johor itu membacakan Surah Al Baqarah ayat 285 hingga 286, menewaskan empat peserta lain di pusingan akhir dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 serta pakej mengerjakan haji.